𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐔𝐌𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇 𝐇𝐎𝐋𝐃𝐈𝐍𝐆 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃 𝟐𝟎𝟐𝟒

5 – 7 September 2024 – Port Dickson, Negeri Sembilan
Satu program hari keluarga telah berjaya diadakan yang melibatkan Ketengah Holding Sdn Bhd bersama syarikat anak milikan penuh Ketengah Holding Sdn Bhd. Program ini yang diadakan di Grand Beach Resort, Port Dickson yang telah berlangsung selama 3 hari 2 malam.

Acara dimulakan dengan pelbagai aktiviti sukaneka dan acara yang berkonsepkan 𝑓𝑢𝑛 𝑓𝑎𝑖𝑟. Pelbagai hadiah menarik disediakan untuk acara ini. Di sebelah malam pula diadakan majlis makan malam yang bertemakan 𝑤ℎ𝑖𝑡𝑒 𝑑𝑒𝑛𝑖𝑚. Majlis turut disajikan dengan persembahan dari setiap syarikat. Pelbagai hadiah cabutan bertuah turut disediakan.

Objektif penganjuran program ini adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara kakitangan Kumpulan Ketengah Holding Sdn Bhd dan ahli keluarga kakitangan serta untuk meningkatkan motivasi kerja kakitangan Kumpulan Ketengah Holding Sdn Bhd.

Terima kasih dan tahniah pada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung atas kejayaan penganjuran program ini dan diharap program sebegini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.