LAWATAN KERJA MUIP HOLDINGS SDN. BHD. KE KETENGAH HOLDING SDN. BHD.
28 Julai 2025 ( Isnin)
Sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik dan kerjasama, Ketengah Holding Sdn. Bhd. (KHSB) hari ini menerima kunjungan hormat daripada MUIP Holdings Sdn. Bhd. (MUiP).
Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman dan amalan terbaik dalam aspek pengurusan korporat, pembangunan hartanah, perladangan, perkilangan, pemasaran minyak masak serta inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksanakan oleh KHSB.
Delegasi MUiP diketuai oleh En Rizal Haji Ahmad, bersama beberapa pegawai MUiP. Mereka disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KHSB, En. Ramli bin Shahul Hameed, bersama barisan pengurusan syarikat.
Dalam sesi perbincangan, kedua-dua pihak turut membincangkan peluang kerjasama masa depan yang berpotensi memberi manfaat bersama khususnya dalam meningkatkan pembangunan ekonomi dan kesejahteraan komuniti setempat.
Lawatan ini diakhiri dengan sesi lawatan tapak ke Kedai Pemasaran Minyak K Desa, Kilang Pembungkusan Minyak K Desa dan Kolej Ketengah Sbn Bhd sebagai pendedahan kepada projek-projek yang sedang dan bakal dilaksanakan KHSB.