Program Korban 1446H Kumpulan Ketengah Holding Sdn Bhd
Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 1446H, Ketengah Holding Sdn Bhd telah menganjurkan Program Korban bertempat di perkarangan Masjid Sultan Mahmud, Bandar Al Muktafi Billah Shah.
Program ini melibatkan penyertaan daripada pegawai dan kakitangan Kumpulan Ketengah Holding Sdn Bhd, di mana sebanyak 20 ekor lembu telah dikorbankan dan daging korban juga diagihkan kepada penduduk setempat dan golongan asnaf dalam wilayah Ketengah.
Pelaksanaan ibadah ini bukan sahaja memperingati kisah pengorbanan agung Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S, tetapi juga menyemai nilai-nilai keikhlasan, ketaatan dan kebersamaan dalam kalangan warga kerja dan masyarakat.