Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kumpulan Ketengah Holding Sdn Bhd 2025

28 April 2025 – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kumpulan Ketengah Holding Sdn Bhd 2025

Bagi menyemarakkan sambutan Syawal, Ketengah Holding Sdn Bhd telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kumpulan Ketengah Holding Sdn Bhd yang berlangsung dalam suasana penuh keceriaan seawal jam 9 pagi di perkarangan pejabat Ketengah Holding Sdn Bhd.

Majlis ini telah mengumpulkan warga kerja Kumpulan Ketengah Holding Sdn Bhd dan tetamu daripada Ahli Jemaah Lembaga KETENGAH, Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Ketengah Holding, kakitangan KETENGAH, rakan niaga, agensi-agensi berdekatan, pesara dan pelajar-pelajar Kolej Ketengah.

Para tetamu dihidangkan dengan pelbagai jenis juadah antaranya, Nasi Minyak, Nasi Dagang, pelbagai jenis Mi dan Laksa, Kambing Golek, Sate, Piza, Kunafa, aneka air balang dan pelbagai kuih-muih. Majlis diserikan dengan dekorasi bertemakan klasik hasil sentuhan kreatif warga kerja yang menjadikannya tarikan untuk bergambar kenangan.

Tahniah kepada petugas yang bertungkus lumus menjayakan majlis dan terima kasih kepada tetamu yang turut serta memeriahkan majlis. Semoga keindahan sambutan ini kekal dalam memori dan memperkukuhkan hubungan silaturahim yang sedia terjalin.