Syarikat Anak
KETENGAH PERWIRA SDN.BHD. (29363-V)
Ladang Ketengah Perwira Sdn. Bhd. (KPSB) telah ditubuhkan pada 22 September 1976 dan menjalankan aktiviti perladangan kelapa sawit di kawasan seluas 4332 hektar di Bandar Cheneh Baru, Kemaman, Terengganu Darul Iman. Syarikat ini merupakan sebuah syarikat bersekutu Ketengah Holding Sdn. Bhd. sebanyak 51% dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera sebanyak 49%.
KUARI TRENGGANU TENGAH (KTT) SDN.BHD. (27287-V)
Kuari Trengganu Tengah (KTT) Sdn. Bhd. (KTTSB) telah ditubuhkan pada 26 April 1976 dan menjalankan aktiviti perlombongan bagi pengeluaran batu kuari di kawasan seluas 13.68 hektar bertempat di Batu 9, Kampung Ibok, Kemaman. Syarikat ini merupakan sebuah syarikat bersekutu Ketengah Holding Sdn. Bhd. sebanyak 57% dan Istiqomah Enterprise Sdn. Bhd. sebanyak 43%.
KUARI PONDOK LIMAU SDN.BHD. (74100-P)
Kuari Pondok Limau Sdn. Bhd. (KPLSB) telah ditubuhkan pada 12 Ogos 1981 dan menjalankan aktiviti perlombongan bagi pengeluaran batu kuari di kawasan seluas 10.0215 hektar bertempat di Hulu Paka, Dungun, Terengganu.
KETENGAH NIAGA & TOURS SDN.BHD. (73355-P)
Ketengah Niaga & Tours Sdn. Bhd. (KNTSB) telah ditubuhkan pada 21 Julai 1981 dan menjalankan aktiviti perniagaan am dan pelancongan. Aktiviti perniaga KNTSB ialah Hotel Ketengah, agen pelancongan Kenyir Travel, Kedai Bebas Cukai KH Shoppe dan Setesen Minyak Petronas AMBS.
KOLEJ KETENGAH SDN.BHD. (72838-W)
Kolej Ketengah Sdn. Bhd. (KKSB) telah ditubuhkan pada 11 Julai 1981 dan merupakan sebuah Institut Pengajian Tinggi Swasta terletak di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu. KKSB telah ditauliahkan sebagai Pusat Bertauliah oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.
Program akademik yang terdapat di KKSB ialah Diploma Teknologi Maklumat, Diploma Aplikasi Multimedia, Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak, Sijil Kemahiran Malaysia – Pembantu Tadbir Sistem maklumat dan pelbagai Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK).
KETENGAH AGROSTOCK SDN.BHD (269298-U)
Ketengah Agrostock Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 8 Julai 1983 dan menjalankan aktiviti perniagaan am dan penternakan. Antara aktiviti perniagaan am yang dijalankan oleh syarikat ini adalah Restoran Rehat dan Rawat AMBS, perkhidmatan insurans dan bahan mentah sejuk beku.
Aktiviti penternakan pula ialah ayam pedaging di Durian Mentangau, Dungun, manakala penetasan dan penternakan puyuh pedaging bertempat di Seri Bandi, Kemaman.
KETENGAH PROPERTIES SDN.BHD (143685-V)
Ketengah Properties Sdn. Bhd. (KpropSB) telah ditubuhkan pada 16 Ogos 1985 dan menjalankan aktiviti pembangunan projek perumahan. Kenyir Water Park dan Kelab Golf Bukit Besi. Kenyir Water Park mula beroperasi pada bulan Mei 2015 terletak di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Manakala Kelab Golf Bukit Besi terletak di Tasik Puteri, Bukit Besi, Dungun.