Syarikat Bersekutu

KETENGAH JAYA SDN.BHD. (37317-V)

Ladang Ketengah Jaya Sdn. Bhd. (KJSB) telah ditubuhkan pada 18 Januari 1978 dan menjalankan aktiviti perladangan kelapa sawit di kawasan seluas 4271 hektar di Bandar Seri Bandi, Kemaman, Dungun. Syarikat ini mempunyai 3 syarikat bersekutu iaitu:

  • Ketengah Holding Sdn. Bhd. – 46.3%
  • Lembaga Tabung Angkatan Tentera – 29.1%
  • Terengganu Incorporate Sdn. Bhd. – 24.6%

KJSB mempunyai sebuah anak syarikat iaitu Ladang Ternak Tani Sdn. Bhd. (140550-P).

 


KILANG SAWIT PANJI ALAM SDN.BHD. (59177-H)

Kilang Sawit Panji Alam Sdn. Bhd. (KISPA) telah ditubuhkan pada 12 Jun 1980 dan menjalankan aktiviti memproses Buah Tandan Segar (BTS) bertempat di Bandar Seri Bandi, Kemaman, Terengganu Darul Iman. Kapasiti pemprosesan BTS harian kilang ialah sebanyak 500 tan/hari.

Syarikat ini mempunyai sebanyak 8 syarikat bersekutu, iaitu:

  • Ketengah Holding Sdn. Bhd. – 35.46%
  • Ketengah Jaya Sdn. Bhd. – 31.44%
  • TH Plantation Sdn. Bhd. – 18.25%
  • Felcra Berhad – 8.75%
  • Ladang Mawar Sdn. Bhd. – 3.80%
  • Ladang Sawit Cherul Sdn. Bhd. – 1.05%
  • Ladang Angkasa – 0.75%
  • Koperasi Polis Berhad – 0.50%