Sejarah Penubuhan

Ketengah Holding Sdn Bhd (KHSB) telah ditubuhkan pada 9 Julai 2003 dengan pegangan saham 100% oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah(KETENGAH).

Tujuan penubuhan dan penglibatan KHSB, dalam pelbagai sektor meliputi perladangan, perkilangan, perkuarian, perniagaan dan perkhidmatan, hartanah dan pendidikan  adalah dalam usaha meningkatkan kualiti kehidupan dan ekonomi   dalam Wilayah KETENGAH.

Sehingga kini, KHSB mempunyai pegangan saham di dalam sebelas (11) buah syarikat terdiri daripada Syarikat Anak, Usahawan dan Bersekutu.

Melalui penubuhan  KHSB, ini membantu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan dalam wilayah KETENGAH. Sehubungan itu, ia membuka perluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Penubuhan ini juga, melahirkan dan membantu usahawan melalui aktiviti perniagaan dan projek-projek yang dijalankan, disamping itu ia menjadi pemangkin kepada pembangunan institusi pendidikan di Wilayah KETENGAH dalam melahirkan masyarakat yang progresif, berpendidikan dan berdaya saing.