Tahniah Atlet Kolej Ketengah di Kejohanan Sukan Masiswa Zon Timur 2016

10 – 13hb November 2016 : Kolej Ketengah telah menyertai Kejohanan Sukan Masiswa Zon Timur 2016 bertempat di UNITEN Muadzam Shah, Pahang. Acara tahunan yang dikendalikan Majlis Sukan IPTS Malaysia (Masiswa) itu melibatkan penyertaan 11 kontinjen daripada semua IPTS Zon Timur termasuk Kolej Ketengah.

Kontinjen Kolej Ketengah telah berjaya memungut 6 pingat gangsa dalam acara Petanque, Ping Pong dan Futsal. Ini menjadi suatu kebanggaan kerana berjaya menduduki tempat ke lapan dari 11 Kontinjen yang bertanding. Penganjuran kejohanan sukan ini berupaya menjadi pemangkin hubungan baik dan jalinan kerjasama di antara pelajar dan kakitangan sesama IPTS. Ia juga dapat dijadikan pentas untuk mencungkil bakat baru untuk persiapan dan penyertaan kejohanan sukan peringkat lebih tinggi seperti SUKIPT dan Asian University Games (AUG).

Penyertaan pelajar Kolej Ketengah dalam kejohanan itu diharap dapat menjadikan mereka lebih cergas dan dapat melahirkan pelajar cemerlang dalam sukan seterusnya membantu dalam kecemerlangan akademik serta sahsiah yang terbilang.

Tahniah dan Syabas Kontinjen Kolej Ketengah.