SUMBANGAN RUMAH TERBAKAR

7 November 2020 | Sabtu
Sumbangan Kebakaran Rumah
Pengerusi Ketengah Holding Sdn Bhd, Encik Mohd Yusof bin Majid telah menyampaikan sumbangan kepada keluarga Encik Wan Kader bin Wan Sulaiman mangsa kebakaran rumah di Kampung Sri Bayas Permaisuri Setiu Terengganu.
Hadir bersama bagi penyampaian bantuan tersebut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ketengah Holding Sdn Bhd Tuan Haji Mohd Zaid bin Haji Sulaiman beserta isteri dan Puan Roslilawati Mukhtar Ahli Lembaga Pengarah Ketengah Holding Sdn Bhd.