SUMBANGAN MEMBAIKI RUMAH AKIBAT SERANGAN ANAI-ANAI

7 November 2020 | Sabtu
Sumbangan membaiki rumah.
Pengerusi Ketengah Holding Sdn Bhd, Encik Mohd Yusof bin Majid telah menyampaikan sumbangan kepada keluarga Encik Razali bin Ngah di rumah mereka di Batu Rakit, Kuala Nerus Terengganu semalam. Rumah mereka mengalami kereputan akibat serangan anai-anai.
Hadir bersama bagi penyampaian bantuan tersebut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ketengah Holding Sdn Bhd Tuan Haji Mohd Zaid bin Haji Sulaiman beserta isteri.