SUMBANGAN KEPADA MANGSA RIBUT


24 Oktober 2020 | Sabtu
Ketengah Holding Sdn. Bhd. sampaikan sumbangan mangsa ribut
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ketengah Holding Sdn Bhd, Tuan Haji Mohd Zaid bin Haji Sulaiman menyampaikan sumbangan kepada mangsa ribut di Kampung Rhu Muda, Marang. Dalam kejadian ribut pada 12 Oktober yang lalu, rumah Encik Mohd Rosli bin Abdul Aziz telah terjejas kerana dihempap sebatang pokok.
Hadir bersama bagi penyampaian bantuan tersebut Encik Zaidi bin Muda, Pengerusi Kolej Ketengah.