Cost Optimisation Challenge
19 Februari 2025 – Ketengah Holding Sdn Bhd telah menganjurkan program Cost Optimisation Challenge, yang bertujuan mencetuskan idea inovatif dalam pengurangan kos dan peningkatan kecekapan.
Program ini pada awalnya disertai oleh 17 kumpulan dari syarikat Kumpulan Ketengah Holding Sdn Bhd. Setelah melalui proses penilaian, 6 kumpulan terbaik telah terpilih ke sesi pembentangan akhir, dan akhirnya, 2 kumpulan dinobatkan sebagai pemenang.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta atas usaha dan komitmen yang luar biasa!