Program Tanggungjawab Sosial Korporat Ketengah Holding Sdn. Bhd.
Program Tanggungjawab Sosial Korporat Ketengah Holding Sdn. Bhd. telah berjaya dilaksanakan dalam empat siri sepanjang bulan Ramadan, iaitu pada 11, 12, 19, dan 24 Mac 2025. Program tahunan ini bertujuan menyantuni anak yatim dan yatim piatu dengan memberikan bantuan menjelang Aidilfitri.
Seramai 823 pelajar daripada 17 buah sekolah menengah, 42 buah sekolah rendah, dan 6 pusat tahfiz dalam wilayah KETENGAH telah diraikan. Mereka menerima pakaian raya di pasar raya terkemuka serta sumbangan duit raya dalam majlis berbuka puasa yang diadakan.
Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga yang bakal menyambut Aidilfitri dan semoga program ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang.