SEMINAR CAKNA INTERGRITI KUMPULAN KETENGAH HOLDING SDN BHD

SEMINAR CAKNA INTERGRITI KUMPULAN KETENGAH HOLDING SDN BHD
Ketengah Holding Sdn Bhd telah mengadakan seminar Cakna Integriti kepada semua kakitangan kumpulan syarikat Ketengah Holding Sdn Bhd yang melibatkan penyertaan lebih 100 orang terdiri daripada kesemua kakitangan dan ahli lembaga pengarah kumpulan syarikat Ketengah Holding Sdn Bhd.
Objektif penganjuran seminar ini adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran terhadap pentingnya integriti di dalam diri kepada semua warga kerja berserta ahli lembaga pengarah kumpulan syarikat Ketengah Holding Sdn Bhd.
Tuan Haji Mohd Zaid bin Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dalam ucapan beliau menyatakan bahawa beliau menyokong penuh usaha murni IGU menjadikan seminar ini sebagai satu wadah ke arah membentuk organisasi yang lebih berintegriti untuk memperkasakan pembangunan sosioekonomi bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat melalui pelaksanaan secara mampan dan holistik.