PROGRAM KORBAN 1444H/ 2023M KUMPULAN KETENGAH HOLDING SDN BHD

2 Julai 2023 Bersamaan 13 Zulhijjah 1444H

Program Korban 1444H/ 2023M Kumpulan Ketengah Holding Sdn Bhd Sempena Hari Raya Aidiladha 1444H/ 2023M

Sebanyak 17 ekor lembu telah disembelih sempena program ini di perkarangan Masjid Sultan Mahmud, Bandar Al Muktafi Billah Shah

“Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu”.
(Surah al-Hajj: 37)

Majlis turut dihadiri oleh YB Dato’ Seri Dr. Haji Ahmad bin Said, Pengerusi KETENGAH, YM Dato Tengku Ahmad Nadzri Bin Tengku Musa Pengurus Besar KETENGAH, Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar KETENGAH dan Encik Ramli bin Shahul Hameed, Ketua Eksekutif Kumpulan Ketengah Holding Sdn Bhd.