Program Integriti Lembaga Pengarah Kumpulan Ketengah Holding Sdn Bhd

Pada 20 Mei 2024, Program Integriti Lembaga Pengarah Kumpulan Ketengah Holding Sdn Bhd telah diadakan bertempat di Raia Hotel & Convention Centre, Kuala Nerus, Terengganu.
Pogram dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Pengerusi KETENGAH, YBhg. Dato’ Seri (Dr) Haji Ahmad bin Said. Seterusnya, program diteruskan dengan taklimat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan taklimat daripada Suruhan Jaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Program diteruskan dengan Ikrar Integriti Korporat yang diketuai oleh Pengurus Audit & Integriti, Encik Amirul Hafizul bin Mohamad dan program diakhiri dengan sesi bergambar.