Program Food Bank YaPEIM 3.0
26 September 2021, Tasik Kenyir Terengganu.
YB Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyempurnakan penyerahan sumbangan kepada pengusaha pelancongan Tasik Kenyir yang terkesan pandemik COVID-19 menerusi Program Food Bank YaPEIM 3.0. Beliau turut dibawa melawat Taman Herba dan merasai minuman herba. Hadir sama YB Senator Datuk Razali bin Idris, Pengerusi KETENGAH dan YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH.