Petugas Stay Safe-KETENGAH Region (S-Reg) Digerakkan Membantu Kelancaran Proses Vaksinasi Negara.

19 Jun 2021- Bandar Seri Bandi, Kemaman, Terengganu

Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah menggerakkan petugas Stay Safe-KETENGAH Region (S-Reg) bagi mengemaskini data dan laporan status pendaftaran vaksin penduduk Wilayah KETENGAH. hari ini, kawasan tumpuan ialah di Bandar Seri Bandi, Perumahan FELCRA Bandar Seri Bandi, Kg. Baru Sungai Ibok dan Kg. Ibok Daerah Kemaman. Menurut YB Senator Datuk Razali Idris, Pengerusi KETENGAH, “sukarelawan itu akan turun ke seluruh kampung dalam wilayah bagi membantu proses pendaftaran terutama penduduk yang menghadapi kekangan untuk mendaftar secara maya.

“S-Reg juga akan bertindak menyelaras pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dalam wilayah dengan membantu melaksanakan persiapan tempat dan menyediakan kemudahan pengangkutan kepada penduduk yang memerlukan ke lokasi PPV”.