PERJUMPAAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN BERSAMA KAKITANGAN KUMPULAN KETENGAH HOLDING SDN BHD

Pembuka tahun baru 2024 dengan semangat baru. Satu perjumpaan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan bersama kakitangan Kumpulan Ketengah Holding Sdn Bhd telah dilaksanakan di Auditorium Kolej Ketengah pada jam 8.30 pagi. Program dimulakan dengan Ikrar Integriti Korporat yang diketuai oleh Pengurus Audit & Integriti, Encik Amirul Hafizul bin Mohamad.
Seterusnya, program diteruskan dengan amanat tahun baru oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan. Dalam ucapan beliau, beliau telah menyarankan kepada semua kakitangan agar memberi penekanan dalam menyelesaikan tugas dan menguruskan masa dengan baik, menjaga disiplin dan berintegriti dalam menjaga nama baik Kumpulan Ketengah Holding Sdn Bhd.
Seterusnya program diteruskan dengan ceramah yang bertajuk Integriti Sahsiah Diri yang telah disampaikan oleh Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff bin Mohd Kashim. Program diakhiri dengan penyampaian cenderamata dan acara bergambar.