MAKAN MALAM SANTAPAN PAHLAWAN KUMPULAN KETENGAH HOLDING SDN BHD

16 Oktober 2022-Kuala Terengganu.
Majlis Makan Malam Tahunan Kakitangan bertempat di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu.
Kehadiran Pengerusi KETENGAH YB Dato’ Seri (Dr.) Haji Ahmad bin Said, menunjukkan komitmen beliau meraikan hasil kerja keras yang dilakukan oleh kakitangan syarikat sepanjang tahun yang menjadi pemangkin kejayaan syarikat Kumpulan KHSB.
Hadir sama Pengurus Besar KETENGAH, YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengerusi Syarikat-syarikat Kumpulan Ketengah Holding, Pengurusan dan kakitangan Kumpulan KHSB.
Pengerusi KETENGAH berkata “penting untuk kita menghargai kakitangan kita kerana setiap daripada mereka memainkan peranan dalam kejayaan syarikat pada tahun ini. Terima kasih di atas komitmen, keazaman dan kerja berpasukan yang ditunjukkan dalam melaksana segala tugas yang telah diamanahkan kepada anda semua.”
Semoga semua syarikat kumpulan KHSB serta KETENGAH dapat menempa kejayaan yang lebih cemerlang dan sentiasa relevan dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.