MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA KETENGAH & SYARIKAT ANAK

Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat wilayah Ketengah, Dungun. 9 Julai 2017 bersamaan 15 Syawal 1438 Hijrah. Jamuan raya pada kali ini diadakan di perkarangan lot parking ibu pejabat KETENGAH dan telah dihadiri oleh barisan staf dari KETENGAH serta syarikat anak.

Malah majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran pesara-pesara KETENGAH yang telah banyak menyumbang jasa dan masa sepanjang tempoh perkhidmatan mereka.  Pelbagai juadah disajikan kepada tetamu jemputan seperti sate, lemang , kambing bakar, ayam golek, nasi dagang, buah-buahan dan aneka kuih muih.

Dalam Majlis berkenaan, Pengurus Besar KETENGAH turut menyampaikan sumbangan kepada balu-balu pegawai dan kakitangan KETENGAH. Diharap sambutan Hari Raya Aidlifitri pada kali ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara barisan kakitangan KETENGAH dengan syarikat-syarikat anak sejajar dengan visi dan misi organisasi.