MAJLIS PELANCARAN LAGU KENYIR KEINDAHAN ALAMI DAN PENUTUP KENYIR ECO TROPHY 2022

20 Mac 2022
MAJLIS PELANCARAN LAGU KENYIR KEINDAHAN ALAMI DAN PENUTUP KENYIR ECO TROPHY 2022
YB Senator Datuk Razali bin Idris, Pengerusi KETENGAH diiringi Tuan Haji Mohd Yusop bin Majid, Pengerusi KHSB dan Tuan Haji Mohd Zaid bin Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan menghadiri Majlis Pelancaran Lagu Kenyir Keindahan Alami Dan Penutup Kenyir Eco Trophy.
Kenyir Eco Trophy merupakan program bermatlamat memperkenalkan Wilayah KETENGAH kepada rakyat Malaysia dan membuka mata masyarakat akan kelebihan dan keistimewaan yang ada. Program ini diharapkan dapat memberi sejuta makna seribu manfaat khas nya kepada penggiat pelancongan yang terdiri daripada pengusaha bot laju, pengusaha rumah bot dan pengusaha kedai makan dan juga komuniti setempat.
Majlis Penyampaian Hadiah Kenyir Eco Trophy 2022 juga diadakan dan menyaksikan anak Terengganu berasal dari Kemaman menjadi Juara Keseluruhan buat julung kalinya program ini diadakan.
Lagu Kenyir Keindahan Alami yang dilancarkan pula menceritakan keindahan alam semula jadi di Tasik Kenyir dengan disulami loghat tempatan. Antara tarikan Tasik Kenyir yang diceritakan didalam lagu tersebut adalah gua batu kapur (Gua Bewah dan Gua Taat), air terjun (Lasir dan Saok) dan Santuari Kelah. Kenyir Keindahan Alami telah digubah dan dinyanyikan oleh penyanyi tersohor tanah air, Aris Ariwatan menggunakan rentak pop etnik.
Majlis diserikan dengan tarian kebudayaan daripada penari JKKN Terengganu, persembahan daripada Aris Ariwatan dan Sham Visa.
Bagi memantapkan lagi kerjasama antara agensi dalam mempromosikan tempat – tempat menarik dalam wilayah KETENGAH, pelancaran serta penyerahan Kalendar Acara Pelancongan KETENGAH turut diadakan. Kalendar tersebut telah diserahkan oleh Tuan Haji Ahmad Fakaruddin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) mewakili Pengurus Besar kepada wakil agensi kerajaan &  industri pelancongan.