Majlis Konvokesyen Kolej Ketengah kali ke-4
๐ช๐ผ๐ฟ๐น๐ฑ ๐ง๐ฟ๐ฎ๐ฑ๐ฒ ๐๐ฒ๐ป๐๐ฒ๐ฟ (๐ช๐ง๐), ๐๐๐ฎ๐น๐ฎ ๐๐๐บ๐ฝ๐๐ฟ, ๐ญ๐ฐ ๐๐ถ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ โ Seramai 265 graduan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak telah diraikan dalam Majlis Konvokesyen Kolej Ketengah Kali Ke-4 yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di World Trade Centre, Kuala Lumpur.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datoโ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, yang turut menyampaikan amanat inspirasi kepada para graduan.
โHari ini juga adalah permulaan baharuโpermulaan penuh harapan dan cita-cita. Langkah anda seterusnya akan menentukan sumbangan anda kepada watan dan masyarakat,โ ujar beliau dalam ucapannya.
Kolej Ketengah merakamkan penghargaan kepada YAB Datoโ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi atas kesudian beliau menyempurnakan majlis tersebut, serta mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu kehormat, graduan, ibu bapa dan keluarga yang hadir memeriahkan majlis ini.
Tahniah diucapkan kepada semua graduan atas kejayaan mereka!