Lawatan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah ke Kolej KETENGAH

13 Ogos 2016 (Sabtu) – Kolej KETENGAH menerima kunjungan daripada Y.Bhg. Dato Azizan bin Mohamad Sidin, Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW). Kolej KETENGAH merupakan sebuah syarikat subsidiari Ketengah Holding Sdn Bhd yang terlibat dalam bidang pendidikan.

Tujuan lawatan ini diadakan bagi membolehkan pihak Kolej Ketengah berkongsi pengalaman dari pihak KKLW bagi merancang pembangunan masa depan Kolej. Turut hadir adalah Tuan Haji Che Zakaria bin Awang, Pengerusi Kolej KETENGAH dan En Hasri bin Haji Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ketengah Holding Sdn. Bhd dan Encik Emisham bin Embong, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej KETENGAH.