Kursus Pengurusan Fail dan Rekod Yang Berkesan

12 – 13 Mac 2017 : Kolej Ketengah dengan kerjasama Ketengah Holding Sdn Bhd telah menganjurkan Kursus Pengurusan Fail dan Rekod Yang Berkesan kepada kakitangan eksekutif dan sokongan Kumpulan Anak Syarikat Ketengah Holding Sdn Bhd. Kursus ini dijalankan di Kampus Kolej Ketengah Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu.

Kursus ini dirangka khas bagi memberikan panduan praktikal kepada peserta mengenai tatacara menguruskan fail dan rekod secara berkesan dan sistematik untuk digunakan dalam kerja seharian di organisasi masing-masing. Adalah diharapkan kursus ini dapat membantu peserta untuk lebih berkemahiran dan profesional dalam menjalankan tugasan mereka.