Kursus Pemerkasaan Belia Tahun 2017

19 – 21 Mac 2017 : Kolej Ketengah dengan kerjasama Ketengah Holding Sdn Bhd telah menaganjurkan Kursus Pemerkasaan Belia Tahun 2017 bertempat di Petang Island Resort, Tasik Kenyir. Kursus ini mendapat penyertaan seramai 30 orang belia pelbagai peringkat umur daripada seluruh daerah Dungun Terengganu.

Objektif utama penganjuran kursus ini adalah untuk memperkasakan peserta dari segi rohani dan jasmani agar dapat menghasilkan belia yang berhemah tinggi. Pelbagai program menarik diatur sepanjang kursus seperti meneroka keindahan Tasik Kenyir, aktiviti sukan air dan menjelajah Santuari Kelah.

Majlis penutup program telah disempurnakan oleh Y.B Dato’ Haji Din bin Adam, Pengerusi Kumpulan Ketengah Holding Sdn Bhd. Turut hadir ialah Encik Hasri bin Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ketengah Holding Sdn Bhd dan Encik Emisham bin Embong, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Ketengah.