Kursus Motivasi Pembangunan Minda Insan Siri 1 Tahun 2016

12hb – 14 Oktober 2016 : Kolej Ketengah dengan kerjasama Bahagian Kesejahteraan Rakyat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah menganjurkan Kursus Motivasi Pembangunan Minda Insan Siri 1 Tahun 2016 bertempat di Kelab Golf Bukit Besi, Dungun Terengganu.

Program ini disertai oleh 28 peserta yang terdiri daripada 15 orang pelajar Kolej Ketengah daripada program Kimpalan 6G dan 13 pelajar ABM (Akademi Binaan Malaysia) daripada program Pengendalian Jentera Berat. Program ini dikendalikan oleh Ustaz Mohd Abd Hadi bin Ismail daripada Hijrah Minda Consultant.

Tujuan utama program ini dianjurkan adalah untuk meningkatkan motivasi dan pembangunan minda pelajar agar sentiasa bersedia dengan cabaran kehidupan luar setelah menamatkan pengajian kelak.