Ketengah Holding Cergas dan Ceria Bersama Komuniti 2018

 

29 Mac 2018
Bandar Ketengah Jaya, Dungun Terengganu.

Ketengah Holding Sdn. Bhd. telah menganjurkan Ketengah Holding Cergas dan Ceria Bersama Komuniti 2018 pada 29 Mac 2018 bertempat di Bandar Ketengah Jaya. Acara dimulai dengan senamrobik bersama komuniti. Kira-kira seramai 800 orang peserta telah mengikuti program ini. Acara diteruskan dengan ucapan dari YBhg Dato’ Haji Din bin Adam, Pengerusi Ketengah Holding dan beliau melancarkan tagline “Anda Cergas Anda Ceria”. Beliau kemudianya menyerahkan badge “1 Padu” kepada JKKK, penyerahan mock up cheque dividen kepada KETENGAH, penyerahan cat kepada Masjid Al Azim Felda Kerteh 3 dan menyerahkan sebuah lori sampah kepada KETENGAH bagi kemudahan komuniti setempat. Disamping itu sebanyak 100 cabutan bertuah telah disediakan.

https://www.facebook.com/LembagaKemajuanTerengganuTengah/videos/1590606587725479/?t=0