Jualan Sentuhan Rakyat

Pada 24 Mac 2018 program Jualan Sentuhan Rakyat bertempat di Tapak pasar Malam Lama, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu telah diadakan. Program ini telah berlangsung bermula jam 8.oo pagi sehingga 3.00 petang.

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Din bin Adam Timbalan Pengerusi Ketengah merangkap Pengerusi Ketengah Holding Sdn Bhd. Selain itu, antara VVIP yang turut hadir ialah Pengurus Besar Ketengah, Tuan Haji Omar bin Ismail , Pegawai Khas YBM, Tuan Sayed Amir Muzakkir bin Al Sayed Mohamad, Ketua Cawangan KPDNKK dan seramai 10 orang pegawai penguatkuasa  serta 3 orang pegawai PPH turut memeriahkan majlis.

Dianggarkan jumlah kehadiran pengunjung adalah seramai 3500 orang . Melalui program ini, dilihat dapat meringankan perbelanjaan harian penduduk di kawasan sekitar.