FIESTA KONVOKESYEN KALI KE 2 KOLEJ KETENGAH DISAMBUT MERIAH

Sambutan Fiesta Konvokesyen Kali ke 2 Kolej Ketengah telah berlangsung dari 25 sehingga 27 Januari 2018 yang lalu. Pelbagai acara menarik telah diadakan untuk meraikan para graduan Kolej Ketengah.

Antara aktiviti- aktiviti yang telah berlangsung selama 3 hari itu ialah, pertandingan mewarna, demonstrasi ukuran buah, bicara Dai’e bersama Ustaz Haslin Bahrin, persembahan buskers, seminar perniagaan, acara dikir barat, pertandingan karaoke peringkat IPT dan banyak lagi .

Malah majlis turut diserikan lagi dengan permainan kereta dan basikal berhias serta foodtruck di sekitar RTC Terengganu.

Warna-warni Fiesta Konvo 2018 sempena Majlis Konvokesyen ke 2 Kolej Ketengah.

https://www.facebook.com/LembagaKemajuanTerengganuTengah/videos/1529117880541017/

https://www.facebook.com/LembagaKemajuanTerengganuTengah/videos/1528013507318121/