Agihan Zakat Kumpulan KHSB kepada pelajar-pelajar asnaf peringkat DUN Rantau Abang

16 September 2021-Dungun, Terengganu.

Yang Berhormat Senator Datuk Razali bin Idris, Pengerusi KETENGAH hadir menyempurnakan Agihan Zakat Kumpulan KETENGAH Holding Sdn Bhd kepada pelajar-pelajar asnaf peringkat DUN Rantau Abang, Parlimen Dungun bertempat di Dewan Al Husna, Markaz Tarbiyah Darul Ansor, Kg. Alor Mak Bah, Dungun. Sumbangan tersebut telah disampaikan secara pandu lalu.

Seramai 284 orang pelajar telah menerima sumbangan zakat RM200 setiap seorang dengan jumlah keseluruhan agihan zakat hari ini berjumlah RM56,800.00.

Program turut dihadiri oleh Yang Berhormat Tuan Haji Alias bin Harun, ADUN Kawasan Rantau Abang, En Mohamad Arif bin Ariffin, Ahli Jemaah Lembaga KETENGAH, Tuan Haji Mahdi Amin bin Ahmad Pengurus Kanan Korporat KETENGAH dan Tuan Haji Mohd Zaid bin Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KETENGAH Holding Sdn Bhd.