Majlis Makan Malam Night of Bollywood 2023 Kumpulan Ketengah Holding Sdn Bhd

19 November 2023 – Kuala Terengganu.
Ketengah Holding Sdn Bhd telah menganjurkan Majlis Makan Malam Tahunan Kumpulan Ketengah Holding Sdn Bhd bertemakan Night of Bollywood yang bertempat di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu.
YM Dato’ Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH, telah turut sama hadir ke majlis tersebut. YM Dato’ dalam ucapannya berkata “Saya mahu melihat Kumpulan KHSB terus maju disamping mencipta kejayaan dan terus membantu dalam pembangunan wilayah KETENGAH”.
Majlis ini diadakan bagi meraikan hasil kerja keras kakitangan syarikat sepanjang tahun yang telah menjadi tunjang kepada kejayaan syarikat Kumpulan KHSB. Malam ini turut dimeriahkan dengan persembahan artis tempatan dan juga persembahan daripada kakitangan Kumpulan KHSB.
Majlis diakhiri dengan cabutan bertuah dan sesi bergambar. Tahniah dan syabas kepada semua yang telah menjayakan Night Of Bollywood 2023 Kumpulan Ketengah Holding Sdn Bhd.