MAJLIS MAKAN MALAM HARI KELUARGA KETENGAH HOLDING SDN.BHD TAHUN 2022

MAJLIS MAKAN MALAM HARI KELUARGA KETENGAH HOLDING SDN.BHD TAHUN 2022
13 Januari 2023 – Cyberjaya
Majlis Makan Malam Hari Keluarga KHSB 2022 telah dilangsungkan dengan penuh meriah yang bertempat di Cyberview Resort & Spa.
Majlis diserikan dengan kehadiran serta ucapan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KHSB, Tuan Haji Ramli bin Shahul Hameed dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KHSB, Che Wan Abdillah bin Che Wan Mat Amin bersama kakitangan KHSB dan keluarga.
 “Back To School” telah menjadi tema pada majlis makan malam ini. Tema yang dipertandingkan adalah  pelajar yang paling sporting dan pakaian beragam kanak-kanak berumur 1-6 tahun. Majlis dihangatkan lagi dengan acara cabutan bertuah dan pertandingan persembahan dari setiap unit syarikat KHSB. Tempat pertama telah dimenangi oleh gabungan Unit Pengurusan Operasi dan Undang-undang.