MAJLIS APRESIASI KUMPULAN KETENGAH HOLDING SDN BHD

30 November 2022 – Hotel Swiss Garden Cherating, Pahang.
Majlis Apresiasi  Kumpulan Ketengah Holding Sdn Bhd, telah diadakan khas untuk meraikan semua kakitangan  Ketengah holding dan syarikat anak. Majlis ini telah diadakan di Hotel Swiss Garden Cherating, Pahang.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ketengah Holding Sdn Bhd, Tuan Haji Ramli bin Shahul Hameed, telah hadir untuk meraikan hasil kerja keras yang dilakukan oleh kakitangan syarikat sepanjang tahun ini. Selain itu juga, beliau turut memberi kata-kata semangat dan peransang yang menjadi pemangkin untuk  kejayaan syarikat Kumpulan KHSB seterusnya.
Hadir sama, semua Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Anak, pihak pengurusan serta semua kakitangan Kumpulan KHSB.
Semoga semua syarikat kumpulan KHSB  dapat menempa kejayaan yang lebih cemerlang dan sentiasa relevan dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan di masa akan datang.