๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐Š๐จ๐ซ๐›๐š๐ง ๐Š๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฅ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ญ๐ž๐ง๐ ๐š๐ก ๐‡๐จ๐ฅ๐๐ข๐ง๐  ๐’๐๐ง ๐๐ก๐

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha 1445H, Ketengah Holding Sdn Bhd telah mengadakan satu Program Korban Kumpulan Ketengah Holding Sdn Bhd bertempat di Perkarangan Masjid Sultan Mahmud, Bandar Al Muktafi Billah Shah.
Penyertaan korban ini terdiri daripada kakitangan Kumpulan Ketengah Holding Sdn Bhd. Sebanyak 26 ekor lembu telah dikorbankan dan agihan daging-daging korban telah disumbangkan kepada penduduk setempat dan golongan asnaf.
Turut hadir ke program, YBhg. Datoโ€™ Seri (Dr) Haji Ahmad bin Said, Pengerusi KETENGAH dan Dato’ Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pengerusi Ketengah Holding Sdn Bhd.
Pelaksanaan ibadah korban ini adalah untuk memperingati sejarah perjuangan dan pengorbanan Nabi Ibrahim A.S serta anaknya Nabi Ismail A.S dalam mentaati perintah Allah SWT.
Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini dan semoga ibadah korban ini diterima oleh Allah SWT.
ย  ย  ย