𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐊𝐔𝐌𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇 𝐇𝐎𝐋𝐃𝐈𝐍𝐆 𝐒𝐃𝐍. 𝐁𝐇𝐃.

1 OGOS 2028 – Ketengah Holding Sdn Bhd telah menganjurkan pertandingan boling Kumpulan Ketengah Holding Sdn Bhd yang bertempat di U-Bowl, Mesra Mall bermula jam 2 petang dan berakhir jam 6 petang. Pertandingan ini telah disertai seramai 110 orang peserta dari kakitangan Kumpulan Ketengah Holding Sdn Bhd.
Program ini diadakan bagi mengeratkan silaturrahim dan meningkatkan semangat kesukanan antara warga kerja Kumpulan Ketengah Holding Sdn Bhd serta menerapkan amalan gaya hidup sihat.
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ramli bin Shahul Hameed, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Encik Che Wan Abdillah bin Che Wan Mat Amin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Encik Fazlin bin Baharuddin, Ketua Pegawai Eksekutif KISPA.
Tahniah diucapkan kepada semua yang menjayakannya.