Kursus GST Accaunting & + GST Tax Codes Tahun 2017
19 – 20 Mac 2017 : Kolej Ketengah dengan kerjasama Ketengah Holding Sdn Bhd telah menganjurkan Kursus GST Accaunting & + GST Tax Codes kepada kakitangan akaun dan kewangan Ketengah Holding Sdn Bhd dan Syarikat Anak. Tujuan utama penganjuran kursus ini adala untuk memberi pendedahan lebih khusus berkaitan pelaksanaan GST kepada pegawai-pegawai yang terlibat secara langsung dengan pengurusan perakaunan GST syarikat.
Peserta-peserta kursus ini akan didedahkan dengan asas GST, aspek-aspek teknikal GST, isu-isu berkaitan GST dan perundangan GST. Selain dari itu, ia juga mengukuhkan pemahaman berkaitan GST, peserta juga akan ditekankan dengan kaedah dan cara yang berkesan dan efisen dalam menguruskan GST khususnya dalam penyedian maklumat untuk pengikraran Penyata GST-03 dan audit GST.
Penceramah bagi kursus ini terdiri daripada Tuan Heng Cung Siong, Penolong Pengarah Kastam dan Tuan Mohmad Khazaiddi Bin Mohd Nor, Penguasa Kastam dari Bahagian GST Kastam Negeri Terengganu