PROGRAM KUCA SURE MERDEKA 2022 KUMPULAN SYARIKAT ANAK KETENGAH HOLDING SDN BHD
17 Ogos 2022
Program Kuca Sure Merdeka 2022 Kumpulan Syarikat Anak Ketengah Holding Sdn Bhd telah diadakan di Ladang Ketengah Jaya Seri Bandi Kemaman. Program ini diadakan adalah bagi memupuk semangat persaudaraan dan mengeratkan silaturrahim di kalangan warga kumpulan syarikat anak Ketengah Holding Sdn Bhd.
Majlis turut dihadiri oleh YB Dato’ Seri Dr. Haji Ahmad bin Said, Pengerusi KETENGAH dan Tuan Haji Ahmad Fakaruddin Bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar Operasi KETENGAH.