KETENGAH Ambik Cakne Lockdown 3.0
KETENGAH telah menyalurkan bantuan KETENGAH Ambik Cakne Lockdown 3.0 kepada penduduk di wilayahnya yang terkesan ekoran pelaksanaan PKP. Sebanyak 1951 bakul makanan diagihkan oleh Skuad KETENGAH Ambik Cakne. Sumbangan KETENGAH ini merupakan sumbangan tambahan daripada sumbangan yang disalurkan oleh pihak-pihak lain yang disediakan bersama Pejabat Daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Penyelarasan sumbangan dibuat bersama JPKK setempat bagi membolehkan agihan dilaksanakan secara menyeluruh kepada masyarakat bagi mengelak berlaku pertindihan bantuan.Penyelarasan oleh pemimpin setempat ini juga adalah untuk mengelak agar bantuan langsung tidak diterima daripada salah satu penyumbang.