Program Imunisasi COVID-19 Wilayah KETENGAH

3 Julai 2021

KETENGAH sentiasa berkerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Jawatankuasa Penyelarasan Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) Daerah dalam memastikan penduduk di wilayah KETENGAH mendapatkan suntikan vaksin COVID-19. Sejak semalam, sebanyak 5 buah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah dibuka iaitu 2 buah di Daerah Kemaman (Dewan Orang Ramai Bandar Seri Bandi dan Dewan Semai Bakti FELDA Neram 2), 2 buah di Daerah Dungun (Dewan SMK Jerangau dan Dewan SK Kuala Jengai) dan sebuah di Daerah Hulu Terengganu (Dewan SMK Landas).

YB Senator Datuk Razali bin Idris, Pengerusi KETENGAH telah meninjau perjalanan proses pemberian vaksin di 4 lokasi PPV sementara. Dr. Nor Azimi binti Yunus, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu turut turun padang meninjau di Dewan Orang Ramai Bandar Seri Bandi, Kemaman. Beliau berkata “kita memang tahu sekarang ini kebanyakkan PPV berada di bandar-bandar. Mungkin ada kekangan kepada penduduk untuk pergi ke tempat berkenaan. Jadi kita tingkatkan program dengan KKM pergi ke tempat mereka di kawasan pendalaman seperti mana program hari ini”. Sementara itu YB Senator Datuk Razali Idris berkata “kita sentiasa membantu KKM dan hari ini kita menyumbangkan sebuah katil bagi pesakit yang mempunyai masalah kesihatan dan sebuah peti sejuk untuk kegunaan PPV”.

Hadir sama YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH.