Sejarah Penubuhan

Ketengah Holding Sdn Bhd (KHSB) telah ditubuhkan pada 9 Julai 2003 dengan pegangan saham 100% oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah(KETENGAH).

Tujuan penubuhan dan penglibatan KHSB, syarikat-syarikat anak dan bersekutu KHSB dalam pelbagai sektor meliputi perladangan, perkilangan, kuari, perniagaan & perkhidmatan, hartanah dan pendidikan adalah merupakan perintis dan pemangkin utama ke arah pembangunan ekonomi dalam Wilayah KETENGAH.

Sehingga kini, KHSB mempunyai pegangan saham di dalam sebelas (11) buah syarikat terdiri daripada Syarikat Anak, Usahawan dan Bersekutu.

Melalui penubuhan  KHSB, ini membantu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan dalam wilayah KETENGAH. Sehubungan itu, ia membuka perluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Penubuhan ini juga, melahirkan dan membantu usahawan melalui aktiviti perniagaan dan projek-projek yang dijalankan, disamping itu ia menjadi pemangkin kepada pembangunan institusi pendidikan di Wilayah KETENGAH dalam melahirkan masyarakat yang progresif, berpendidikan dan berdaya saing.