PROGRAM PERARAKAN MAULIDUR RASUL SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL WILAYAH KETENGAH TAHUN 1447H/2025M

25 September 2025 – Ketengah Holding Sdn Bhd telah menyertai Program Perarakan Maulidur Rasul anjuran Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) yang bermula di Masjid Sultan Mahmud dan berakhir di Balai Orang Ramai (BALORA). Program ini juga melibatkan JPKKP/Komuniti Penduduk, Sekolah Rendah Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan, Tahfiz dan Agensi yang berlangsung meriah dengan suasana penuh bersemangat.

Program ini bukan sekadar simbolik, tetapi juga sebagai tanda kecintaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Program ini turut dimeriahkan dengan Pertandingan Perarakan yang menampilkan semangat berselawat, keunikan rekaan sepanduk, kekemasan pakaian serta ketertiban para peserta. Alhamdulillah, Ketengah Holding Sdn. Bhd. berjaya meraih tempat pertama bagi Kategori Agensi/Ladang/Syarikat.

Program ini telah menjadi medium untuk memperkukuh hubungan antara warga kerja, di samping menyemai semangat kebersamaan dengan komuniti setempat. Setinggi penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua yang telah menjayakan program ini. Semoga program seperti ini dapat diteruskan dan diperluas pada masa akan datang.

Scroll to Top