PERJUMPAAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN BERSAMA PEGAWAI DAN KAKITANGAN KUMPULAN KETENGAH HOLDING SDN BHD
Satu program perjumpaan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan bersama pegawai dan kakitangan Kumpulan Ketengah Holding telah diadakan di Auditorium Kolej Ketengah pada jam 2.00 petang. Program dimulakan dengan tayangan video aktiviti-aktiviti syarikat dan syarikat anak sepanjang tahun 2024 dan diteruskan dengan Ikrar Integriti Korporat yang diketuai oleh Pengurus Audit & Integriti, Encik Amirul Hafizul bin Mohamad.
Seterusnya program diteruskan dengan ucapan dan amanat tahun baru oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Encik Ramli bin Shahul Hameed. Dalam ucapannya, beliau menyatakan penghargaan atas komitmen semua pegawai dan kakitangan sepanjang tahun 2024. Beliau turut menyatakan perancangan untuk 2025 dan berharap agar semua dapat terus mencipta lebih banyak kejayaan di tahun 2025 .