Meraikan Persaraan Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad

Meraikan persaraan mantan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ketengah Holding Sdn Bhd yang juga merupakan Timbalan Pengurus Besar Operasi KETENGAH telah berlangsung penuh kenangan di pantri pejabat KHSB sebentar tadi.

Tuan Haji Ahmad Fakaruddin telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ketengah Holding Sdn Bhd pada 1 November 2019 hingga 31 Mei 2020 dan kembali berkhidmat di KETENGAH pada 1 Jun 2020 sebagai Timbalan Pengurus Besar Operasi KETENGAH. Beliau akan bersara wajib pada 30 Oktober 2025.

Kami warga Ketengah Holding mengucapkan terima kasih atas segala tunjuk ajar, kepimpinan serta bimbingan yang amat bermakna sepanjang tempoh perkhidmatan. Selamat bersara dan semoga dikurniakan kesihatan yang baik, ketenangan dan kebahagiaan dalam fasa kehidupan yang baharu.


Scroll to Top