MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PENGERUSI KETENGAH HOLDING SDN. BHD.

Dalam usaha merapatkan hubungan silaturahim antara pemimpin masyarakat serta agensi-agensi kerajaan dengan penduduk setempat, KETENGAH HOLDING telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama YBhg Datoโ€™ Din bin Adam, Pengerusi KETENGAH HOLDING, pada 12 Jun 2017 bertempat di perkarangan Masjid Kampung Minda, Hulu Dungun. YBhg Dato’ Din bin Adam sebelum itu turun padang bagi menyerahkan bantuan kepada golongan yang sakit melarat di kediaman mereka disamping bertanya khabar. Bantuan yangย diberikan berupa wang tunai dan juga bekalan makanan. Disamping itu beliau turut menyerahkan perabot dan peralatan rumah kepada penduduk miskin dari peruntukan UMNO Dungun. Pada majlis tersebut sebanyak RM60,900.00 dari Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH (TAMK) telah diagihkan kepada 203 orang penerima. Penerima TAMK ini terdiri dari penduduk Kampung Minda, Jongok Batu, Pasir Raja, Shukor, Kuala Jengai, Rantau Panjang, Tepus, dan Talong. Beliau berharap sumbangan yang diberikan ini dapat menampung perbelanjaan menyambut hari raya yang bakal tiba. Hadir sama pada majlis tersebut En Mukhtar bin Che Ali, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH, Pegawai-pegawai kanan KETENGAH dan juga pemimpin tempatan.