PELAKSANAAN “MY FARM OUTLET” DI RTC TERENGGANU

PELAKSANAAN “MY FARM OUTLET” DI RTC TERENGGANU

Pasar Komuniti Rtc Terengganu Telah Bertukar Nama Kepada “My Farm Outlet” Pada Awal Bulan Mac 2017 iaitu 1 Mac 2017.Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani sentiasa menjalankan peranan Untuk Meringankan Kos Sara Hidup Rakyat Disamping Memperluaskan Saiz Pasaran Produk Agromakanan Dan Meningkatkan Pendapatan Pengeluar.Kementerian Juga berusaha Bagi Memastikan Produk-Produk Pertanian Dan Industri Asas Tani Tersedia, Boleh Diperolehi, Pada Harga Yang Menjimatkan Dan Mmampu Dibayar Oleh Pengguna.
Program My Farm Outlet Ini Diperluaskan Ke 10 Lokasi Yang Telah Dikenalpasti Dibeberapa Buah Bandar Di Seluruh Negara Termasuk Lah Rtc Terengganu Sebagai Perintis “ My Farm Outlet Yang Kedua Selepas My Farm Outlet Pertama Dibangunkan Di Presint 7,Putrajaya.
Perlaksanaan Myfarm Outlet Mendapat Kerjasama Daripada Jabatan/Agensi Di Bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani :
• Jabatan pertanian
• Jabatan perkhidmatam veterinary/persatuan penternak dan ruminant
• Jabatan perikanan
• Lembaga kemajuan ikan Malaysia (NEKMAT)
• Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
• Lembaga Pertubuhan Peladang (NAFAS)
• Usahawan Pemasar
Waktu Operasi : 7.00 Pagi – 1.00 Petang
Senarai Produk :
• Sayur-Sayuran
• Buah-Buahan
• Ikan
• Daging Lembu Dan Kambing
• Ayam
• Telur Borong
• Kedai Makan Dan Kuih Muih Tradisional
• Rempah Ratus
• Pelbagai Jenis Keropok
• Barangan Keperluan Dapur Runcit Dan Borong
• Produk (Iks) Orang Kampung
• Produk Sejuk Beku
• Santan Segar
• Galeri Orkid : 8.00 Pagi – 5.00 Petang