PROGRAM PENGAGIHAN ZAKAT KUARI TRENGGANU TENGAH (KTT) SDN BHD

29 Disember 2025 – Kuari Trengganu Tengah (KTT) Sdn. Bhd., telah melaksanakan Program Pengagihan Zakat kepada golongan asnaf sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat Syarikat bagi membantu golongan yang memerlukan serta memperkukuhkan hubungan dengan komuniti setempat.

Majlis yang berlangsung di perkarangan Pejabat Kuari Terengganu Tengah (KTT) Sdn. Bhd. (KTTSB) ini telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Datuk Haji Wan Ahmad Nizam bin Wan Abdul Hamid, Pengerusi KTTSB. Turut hadir bersama Ahli Lembaga Pengarah syarikat KTTSB, Ketua Pegawai Eksekutif Ketengah Holding Sdn. Bhd, Pengurus dan kakitangan syarikat KTTSB.

Seramai 66 orang penerima daripada golongan asnaf di sekitar kawasan Batu 9, Ibok telah menerima sumbangan zakat melalui program ini. Secara keseluruhannya pelaksanaan program ini telah mencapai objektif yang ditetapkan iaitu menyalurkan bantuan kewangan kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan dan memberi manfaat kepada penerima serta membawa keberkatan dan kebaikan kepada semua pihak yang terlibat.


Scroll to Top