Majlis Konvokesyen Kolej Ketengah kali ke-4
𝗪𝗼𝗿𝗹𝗱 𝗧𝗿𝗮𝗱𝗲 𝗖𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿 (𝗪𝗧𝗖), 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗟𝘂𝗺𝗽𝘂𝗿, 𝟭𝟰 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟰 – Seramai 265 graduan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak telah diraikan dalam Majlis Konvokesyen Kolej Ketengah Kali Ke-4 yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di World Trade Centre, Kuala Lumpur.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, yang turut menyampaikan amanat inspirasi kepada para graduan.
“Hari ini juga adalah permulaan baharu—permulaan penuh harapan dan cita-cita. Langkah anda seterusnya akan menentukan sumbangan anda kepada watan dan masyarakat,” ujar beliau dalam ucapannya.
Kolej Ketengah merakamkan penghargaan kepada YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi atas kesudian beliau menyempurnakan majlis tersebut, serta mengucapkan terima kasih kepada semua tetamu kehormat, graduan, ibu bapa dan keluarga yang hadir memeriahkan majlis ini.
Tahniah diucapkan kepada semua graduan atas kejayaan mereka!