PROGRAM HARI KELUARGA KETENGAH HOLDING SDN.BHD. TAHUN 2022

PROGRAM HARI KELUARGA KETENGAH HOLDING SDN.BHD. TAHUN 2022
12-14 Januari 2023 – Cyberjaya
Aktiviti sukaneka bersama kakitangan Ketengah Holding Sdn Bhd (KHSB) dan keluarga telah diadakan pada 13 Januari (Jumaat) bertempat di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 1.00 petang.
Tahniah diucapkan kepada semua yang memberikan kerjasama bagi memeriahkan lagi suasana dan diharapkan ukhwah dan silaturahim yang terbina ini dapat dikekalkan pada masa akan datang.
Penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tuan Haji Ramli bin Shahul Hameed dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Che Wan Abdillah bin Che Wan Mat Amin.