Kejayaan Pelajar Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK)

Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK) kerjasama di antara KETENGAH bersama Kolej Ketengah telah mula dijalankan pada tahun 2012 sehingga sekarang. Kolej Ketengah telah melatih pelajar-pelajar dari Program Latihan Kemahiran Kerjaya (PLKK) yang merupakan program yang diperuntukan khas oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Sehingga kini Kolej Ketengah telah melahirkan 392 pelatih hasil daripada program ini.

Dengan kedudukan Kolej Ketengah yang berdekatan dengan kawasan perindustrian minyak dan gas, yang merupakan fokus utama bidang kerjaya pelajar-pelajar bagi program ini menjadikan Kolej Ketengah sebuah pusat latihan yang menjadi tumpuan pelajar-pelajar disekitar Wilayah KETENGAH mahupun dari negeri-negeri lain.

Salah seorang pelatih yang telah berjaya iaitu Wan Nor Asyraf bin Wan Nor Azman telah mengikuti program ini dalam bidang Kimpalan 6G (Oil & Gas) pada tahun 2015 telah berjaya mendapatkan perkerjaan di Multi Trada Alam (MTA), Paka, Terengganu sejurus tamat latihan dengan gaji permulaan sebanyak RM1500 sebulan. Sebelum ini beliau adalah seorang penganggur.